Sunday, August 29, 2010

Tired

Hari ni penat sangat la...Rsa sleepy pun ada ni skrg.

Semalam keja night shift nda dapat tido lena. Alarm keep on activated on fault alarm. Gila btul tu gas detector. Teda gas tapi activated bla time hujan. Kacau eh. Sampai tadi pagi lagi tu berbunyi. Membuatkan aku tido depan DCS. Dengan tangan yang malas mo acknowledge tu alarm. HUahauhauha....

Oleh kerana hari ni udah plan mo pegi cat pintu umah baru, terpaksa juga meng gahkan diri. Dengan crew Kinabalu lagi lambat depart dari LSB jetty. Walauweh...lama menunggu dorang smpai platform. Lebih kurang kul11 bertolak dari LCOT (office) untuk balik umah. Balik umah bagi makan rabbits then mandi trus jalan g bandar mo beli Cat.

Sampai bandar dalam jam 1150am. Nasib masih ada kdai hardware yang buka. Hari ni kan hari ahad. Kedai banyak tutup setengah hari saja. Masuk kedai hardware trus cari apa yang patut. Jumpa berus digunakan untuk mengecat. Ada banyak jenis berus. Besar ada, kecil pun ada. Harga paling murah dalam RM1.20 nda silap. Beli juga yang jenis roll tu. Tanya pekerja kedai tu apa cat ada untuk cat kayu (pintu). Ada 3 jenama kedai tu jual. ICI Dulux, Glidden and 1 lagi tu nda tau apa pasal nda glamour. Dulux tu memang branded la kan. Harganya pun, wahhh....mahal RM156/5liter. Glidden dengan jenama 1 tu dalam RM70/5liter la. Tapi kerana nda tau glidden tu ok ka tidak, beli saja la ICI Dulux tu. Kerana memang terkenal dengan kualiti kan. Hmm...d kedai tu beli juga bekas papan tempat mo roll letak cat and thinner.

Pas dari kedai hardware, pegi cari beras la pula. Susah eh mo cari beras Nasional ni. Banyak dah kedai dimasuki sejak kelmarin mencari beras. Semua pun hampe. Jadi tadi pergi la kedai D1 Mart. Kedai 24hrs yang besar. Harga barangnya hampir sama dengan supermarket yang lain. Ada juga barangnya lebih murah berbanding kedai lain. Di sana, baru lah terjumpa beras tu. Harga beras tu RM18/10kg. Murah saja...beli beras ni pasal bukan orang umah makan banyak sangat pun beras ni, kucing yang banyak makan. Kucing² yang bukan milik kami tapi datang umah makan trus menetap di sana dan beranak pinak lagi. Apa nda banyak dorang jadinya. Dengan shopping la juga ckit2 barang keperluan d umah.

Selesai urusan d bandar, trus la menuju ke rumah baru. Di umah baru, excited la kunun mo mencat ni. Tapi peralatan nda cukup la pula. Teda kain, kayu penguar cat, and tangga. Nasib jak ada kerusi. Tapi wlupun dah guna kerusi, nda juga dapat capai smpai area paling atas pintu tu. Walaupun semua alat nda ckup, kerja mencat tetap dijalankan. Cat punya cat, tengok hasilnya. Alahai,,,, bida nya rupa permukaan pintu tu. Pintu main enterance lagi tu. Macam berjerawat permukaannya. Itu adalah disebabkan roller yang kurang kualiti. Bulu² tu roller melekat-lekat pada pintu tu. Pintu tu sekarang di catkan dengan warna dark brown ("leather" namanya pada colour code Dulux tu). Kerana tidak berpuas hati, maka kerja-kerja mencat ditangguhkan. Esok akan beli berus yang besar la untuk mencat. Nda mo lagi guna roller wlupun senang n cepat. Tapi hasilnya sungguh tidak memuaskan hati. Kira-kira 2jam juga la di umah tu pasal ada la pekerja developer tu datang membawa cerita. Layan saja la.....

Dari rumah, singgah pula ke Kg Lajau untuk membeli makanan sungkai/sahur. Di sana ada 1 warung yang memang khas juga kuih-muih/makanan. Banyak pilihan. Dan kuihnya RM1/4biji. Wlupun bukan time posa, warung tu tetap beroperasi. Tapi waktu pagi la. Sekejap saja buka warung pasal memang laku. Klu lambat sampai, confirm nda lueh kata orang brunei/kedayan. "Lueh" bermaksud dapat.

Last destinasi untuk siang hari ialah kedai Hap Huat Kg Durian Tunjung. Di sana mencari ikan dan sayur untuk dimasak. Masak untuk sapa? Untuk nenek di umah. My mum teda di umah sekarang. Pergi KL jalan². Esok baru balik. Tapi masak pun simple² saja la.

Pastu balik umah. Balik umah, buang perut insang ikan smua. Then goreng saja itu ikan dengan perencah goreng Adabi. Eh....jenama Adabi ka tu ah?hmm....mengkali la. Hhehe...Masak nasi and sayur sawi. Pas semua urusan di dapur selesai, aku pun masuk tdo. Tapi masa sudah menunjukkan jam 4.30pm. Ala...nda la dapat tdo puas².

Alarm berbunyi jam 5.30pm. Bangunnya jam 5.50pm. G mandi, then sediakan makanan sungkai and untuk dibawa ke opis. Sempat lagi lipat kain sementara menunggu azan berkumandang sambil menonton Jejak Rasul d TV3.

Akhirnya azan pun berkumandang and berbuka la posa. Habis sungkai and kemas² di dapur, ready to work la. Dan sekarang ni berada d opis la untuk memulakan keja night shift. Harap-harap malam ni adalah malam yang tenang. Pasal mo tdo ba. Ganti rugi semlm nda dpt tdo lagi. And untuk tambah tenaga esok mo mencat lagi. Sebelum tdo, mo makan dulu la. hehehe...

Ok..sampai cni dlu cerita hari ni. Panjangkan...heheheh... Awwww...mengantuk la...

***Sesetengah aktiviti hari ini adalah dilakukan bersama dengan my Cutie Lion. Teman bergurau-senda, bergaduh and ke sana sini.

Friday, August 13, 2010

Give Away Raya

Kali ni mo buat entry pasal Give Away lagi...

Give Away kali ni adalah dari
Blog Mrs Nor yang minatnya mengumpul barangan antik, menghias rumah ala-ala inggeris style dan banyak lagi. Silalah meng' klik nama Mrs Nor di atas tu.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada Isnin, 23/08/2010.

Hadiah Pertama peserta bertuah:

"Cute kan set bekas makanan ni klu diguna untuk menghidang makanan..."

Hadiah Kedua:

Set pinggan mangkuk gaya vantage

Hadiah Ketiga:


"Container apa ni ah? Hmm...untuk perhiasan saja kali kan. Heheh.."

Saya teringin mo menang give away ni sebab minat untuk mengumpul barangan deko konsep inggeris. Barangan berkonsepkan inggeris memang cantik dipandang dengan harganya yang boleh dikatakan mahal juga la. Tapi kadangkala bleh juga jumpa harga yang berpatutan kan.

Klu ada rezeki lebih, mo juga rasanya menghias rumah berkonsepkan inggeris ni.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti Give Away ni sila lah klik link di atas tu ya'

Give Away From Polkadot's Cottage

Bermula 12 Ogos 2010 - 23 Ogos 2010
Keputusan akan diumumkan pada 24 Ogos 2010.

Syarat-syaratnya:
1. Mestilah followers di dalam blog Polkadot's Cottage.
- Dah jadi salah seorang follower.
2. Terbuka kepada semua followers Polkadot's Cottage di Malaysia sahaja.
- Saya dari W.P.Labuan.
3. Buat satu N3 mengenai Polkadot's Cottage 1st Give Away dan berikan sebab2 mengapa layak memenangi hadiah dari Polkadot's Cottage.
- Saya nak menang give away dari Polkadot's Cottage ni sebab dengan give away ni saya bleh la letak kat rumah baru saya' Tapi rumah baru saya blum lagi siap. Klu dah dah dapat give away ni nanti, saya tunjukkan la kat blog saya dengan tempat yang saya letakkannya. Heehheeh...

- Small plag tu bleh la diletak kat pintu masuk dapur. - Set glass coaster untuk diguna bila nak hidang minuman kat tetamu yang bertandang ke rumah saya.
- Bookmark tu lak bleh saya letak sebagai petanda buku resepi/masakan bla nak try menu baru.

4. Link kan blog Polkadot's cottage di dalam N3.
- http://www.pikoponpon.blogspot.com
5. Upload gambar di atas sekali di dalam post.
- Dah Upload.
6. Tag rakan-rakan untuk turut serta dalam GA ni
- Sheila
- Alyn
- Vanessa
- Emma
- Fiona
7. Tinggalkan komen di N3 ini dan sertakan link N3 dan email.
- Dah sertakan.

Hadiah-hadiahnya :

TEMPAT PERTAMA
Small plaque - cat's rule dog's drool
1 set glass coaster (4 pieces)
1handmade bookmark


TEMPAT KEDUA
Welcome Signage Boys and Girls
1 set glass coaster (4 pieces)
1 handmade bookmark


3 HADIAH SAGUHATI
1 set glass coaster (4pieces)
1 handmade bookmark


FOLLOWERS BERTUAH AKAN MENERIMA :
CAT'S HAND TOWEL
( 3 orang sahaja )