Wednesday, March 30, 2011

Fly Away....

Setelah sekian lama xda apa mo d post, hari ni muncul idea mo crita...

Apa yang fly away tu?hehehe.....bukan binatang ka apa yang terbang.Tapi $$$$. Bulan ni gaji dapat duit lebih la,duit bonus base on performance.Tapi my IPF this year dapat rating biasa² jak.Tahun lepas ok lagi....Tapi bonus tahun ni lebih banyak dari tahun lepas juga pasal company nya performance bagus.So ter'effect' la kami pekerjanya. Harap² tahun depan dapat IPF yang lebih bagus.

Brcerita semula pasal $$$. Walaupun dapat banyak, tapi akhirnya habis sekelip mata saja. Tu lah...orang kata gaji besar mana pun tetap nda banyak cukup. Sebenarnya boleh cukup untuk menyara hidup makan minum, tapi melencong beli itu ini pasal nafsu dan kehendak sendiri. Tapi kali ni duit tu digunakan untuk membeli perabot umah and barang umah yang kurang. Macam barangan tandas. Perabot umah tu jauh dibeli. Bukan di Labuan, tapi di Papar. Tapi semua perabot tu lum ada di umah pasal lori kedai perabot tu hanya dapat hantar Jumaat ni disebabkan feri bawa kenderaan Menumbok-Labuan-Menumbok penuh. Dan hanya hari Jumaat saja ada jadual perjalanan feri pergi-balik 3trip. So sempatlah dorang nak balik semula ke Papar. Same day journey.

Nda sabarnya mo tunggu perabot tu sampai. Tapi ada masih lagi barang yang outstanding di umah tu. TV flat screen lum beli, air-cond 1biji pun lum ada, water heater, and few lampu d umah tu lum dibeli juga. Hmm...dining table pun mo upgrade pegi yang besarnya tapi buat masa ni lum lagi la.Lagipun di umah tu hanya kami berdua yang tinggal. In future nda lama lagi bertiga la kami. Tunggu baby dalam perut ni saja mo keluar bila tiba masanya. :D

Gambar umah pun lum penah tunjuk di blog. Pasal kosong ba masih umah tu.Hanya ada keperluan asas. Macam set sofa terpakai (donate by mummy), dining table, refrigerator (1lama 1tingkat, 1baru 2tingkat-tinggi dari me), katil king kami, almari 1 biji pun xda (yang ada hanya la jenis plastik deck² tu 1),TV terpakai juga jenis CRT 18" kali and barangan dapur yang lengkap. Nasib la langsir, grill umah smua dah pasang awal dulu....Klu nda, macam apa saja umah tu. Dah la nda teratur lagi smua barang. Banyak masih kotak berisi barang. So klu umah dah lengkap nant, bru la tunjuk untk smua.Bleh buat housewarming trus juga.Tapi sekarang xda bujet la mo buat housewarming. Doa selamat masuk umah dah buat dulu. Sekadar ala kadar baca doa by my in law family and husband. Diri sendiri takda d umah masa tu pasal sedang ready² untuk majlis kawin.

Sampai cni saja cerita buat kali ini.....

Thursday, February 17, 2011

Appetite hilang

Hari ni genap 6wk+6d i'm become pregy woman.

Sebenarnya tau diri ni dah berisi sebelum 5wk lagi.Apa taknak, period nda datang². So test la guna pregnant test kit di umah. Pada hari tu.. , masih lagi offday d umah saja.Cutie Lion pula g keja day shift. Setelah meng'test', hasilnya 2 bar. Perasaan terkejut tu x juga la. Tapi macam blank kejap la. Trus call LCOT mo cari Cutie Lion. Tapi masa tu dorang tengah morning meeting. After few hours bru la Cutie Lion call. Bagitau la kat dia.

Few days later baru ke Klinik Wilayah buat check. To confirm saja la masa tu. Test lagi urine..Jawapannya of course la sama 2 bar. Tapi ada buat scanning la. 2D scan jak ada d Labuan ni. X canggih lagi smpai 3D mahupun 4D.ehhehe....

Dalam scan tu, Doc kata baru 5w+3d. Jadi baby lum besar lagi la.X nampak sangat. Cuma pintu rahim terbuka. Oleh itu Doc menyarankan supaya Cutie Lion berpuasa la sampai 14week gtu. Tujuannya untuk kandungan tu kuat and tak mengganggu la. Ganggu apa? Ganggu tu ovum nda silap. Doc bagi juga Folic asid + Obimin. Ubat muntah pun sekali la.

Sejak tau diri ni pregnant, selera makan tu dah macam hilang. Smua makanan pun macam x sdap. Ada bau la...Masakan sendiri pun x mo makan dah. Rugi jak bagi me makanan. Klu makan pun ckit saja. Tapi i like drink Lemon Tea Panas/Suam. Bla ke restoren mesti order tu.ehhehe...Sdap. Then bru² ni hari maulidul rasul, mummy datang umah masak. Macam-macam mummy masak. Ada ambuyat, ikan rebus kunyit, sambal mangga, sambal belacan, ulam timun and sayur papaya. Paling suka makan ialah sambal belacan n mangga. Sdap.... tadi call mummy lagi suh buat sambal belacan n mangga.hehehe....mummy promise esok dia buat. Yummy...

Termasuk malam ni, dah 3malam keja night shift. Amatlah tidak selesa keja night shift. Pagi kul 4lbih mesti g tandas muntah. Muntah kjap jk la. Lapar tu sentiasa ada tak kira masa. Yalah....mana mo makan nasi. Klu makan pun ckit jak. Biskut saja la teman setia and air. Apa² jenis air pun bleh. Tapi yang ada d cni sekarang hanyalah air putih n 3 in 1 nestum.

Tadi d umah mo tdo. Tapi nda dapat.Umah sebelah bising. Ada contractor datang pecahkan tiles untuk d tukar baru. petang kul2 bru senyap. Mna lena tdo. Tu yang sekarang rsa penah sangat.Uhuhu... So esok pagi akan balik umah mummy rehat sna. Harap dapat tdo dgn lena.

Owh ya...tadi petang Cutie Lion ada bagi mangga yang dipetik d Lcot untuk baby dalam perut ni. Sdapnya makan mangga tu. Mangga ni kira masak dah la juga. Bukan mentah. Nant mo sambung makan mangga lagi. Hehehhe... Malam ni juga mo tdo awal.

Ok.... sampai cni sja. Owh ya...Sheila janji tadi mo sms. Tapi xda pula. Hmm......